Selasa, 18 Februari 2014

Makan Malam di Alor Setar: Char Kuey Teow

Salam kebahagiaan,
(Read: Hello happiness)
hehe

Kalau pasal makan memang happiness je sentiasa.

Ok. This time saya dan sepupu baru balik dari beli phone. As known by others, i am a newbie kat pekan Alor Setar. My cousin is from KL/KB  (tapi dia lagi better kenai jalan Alor Setar =,=' )

Siap tanya la orang-orang kedai kan, mana kami nak makan satgi. Mana tempat makan best kat Alor Setar.

Untuk Char Kuey Teow, ada 2 tempat depa kata. The famous and well known Ghani Char Kuey Teow (area Jitra & Perlis) and Char Kuey Teow Taman Rakyat.

Lokasi:
Memang betul-betul opposite Giant Alor Setar.  Tepi stesen minyak Petronas. Area Taman Rakyat.

Keselesaan:
Port dia untuk orang lepas-lepak, tepi kedai-kedai gitu je. Stall or beca gitu. Ada la kerusi meja segala. Jangan la expect makan bersila atas jalan tar lak. hehe.
Untuk aku no hal. Asal sedap. :D

Kesedapan:
Boleh kata superb juga. Ada banyak kedai sebenarnya. Char Kuey Teow ada 2 kedai kat situ. Ada satay booth. Ada laksam.
Aku try Char Kuey Teow Udang. Sedap! Aku nak order dua. Tapi ditegah sekeras-kerasnya oleh sepupu aku sebab it's almost midnight. :P

Satay pulak, not my taste kot. Sebab ada yang lagi sedap. Plus, satay dia manis. Siap melekat to each other sebab manis kot. Pelik jugak. Maybe ada yang minat gitu kot.

Harga:
Standard. Satay 1 cucuk rm0.60 (6 kupang).
Char Kuey Teow = RM3

p/s: Yang ni pon aku lapar dari lunch tak makan. Takda masa nak snap gambar. Letih sangat dah rasa. Sorry.
Tapi  next time, susah pulak kot aku nak p. Sebab bukak lepas maghrib rasanya. Jarang nak keluar malam ni. Plus, next time nak makan char kuey teow Ghani lak. hihikhik.


So, that's it!

Caoi cin caoi

Peace! 

Lunch di Alor Setar, Kedah

Salam orang kampung,
(penggunaan orang kampung di sini bukan khas untuk orang yang duduk di kampung. Tapi komuniti di blogspot ini digelar orang kampung. Satu komuniti. Get it? Jangan tetiba kata saya hina orang kampung pulak.)

Hahaha. Panjang pulak explanation aku.

Ok.

Memandangkan saya selalu je ada masalah ni. Tak kira mana aje tempat saya p.
Nasib baiklah di Australia dulu, saya 'Groupon'kan aje (Gaya Anis Nabila dalam iklan 'Glo kan ajew') Hehe.

Ok.
Since balik and stay Kedah now, susah sangat saya nak cari tempat makan. Especially saya selalu keluar alone, since my dearest sister isn't like me yang suka keluar 'ukur tanah' (read: kuat berjalan, bak kata orang dulu-dulu)

Dah la jalan pon saya belom expert lagi. Memang sangat susah nak cari kedai makan yang saya suka. Last choice is always pecut kereta balik makan kat rumah even lapar macam mana pon.

Yesterday, i went out untuk siapkan hal kereta arwah ayah. Sekejap je pon urusannya. Tapi dah keluar pon pukul 11.30pm. Sampai di Alor Setar, with the blazing hot weather, memang dahaga and lapar.
Tanya cik tekak, 'Awak mengidam apa?'. Dia jawab, 'Chicken Chop'. I balas, 'Damn it girl! Dah la susah nak cari chicken chop yang best kat sini!'
Tapi untuk tidak mengecewakan  cik Tekak, aku pusing jugak kereta.

Niat hati nak ke Mama Chop, Papa Grill sebab memang sah-sah ada chicken chop. Tapi sedap ke tak tu wallahualam.

Tengah-tengah turun bridge tu, pusing kepala ke kiri. Ada kedai nama 'CAFE 96 & Car Wash'.
 I was like... menarik. Pandai tokey kedai buat bisnes. Tak larat tunggu car tengah di wash, p makan sat. Or alang-alang nak p makan, hantar kereta cuci sat. hehe.
Sanggup tau cari U-turn jauh-jauh nak ushar acaner kedai makan ni. dah masuk area restaurant, cari pintu keluar pulak. hehe. Reverse balik. Nak gak try takleh jadi! :P 

Ok. Back to the restaurant.

Lokasi:
On the way dari lebuhraya straight je ke Shahab Perdana. Ada a few traffic lights. Naik bridge. Turun-turun bridge tu, slide kiri. Tepi-tepi tu je. Signboard besar kat situ
(Maaf aku orang baru nak kenal jalan di Alor Setar. Nanti i p ronda lagi tengok nama jalan yer)

Makanan:
Halal. Yela. Orang Melayu Islam. Kakak-kakak comel masak.
Disebabkan time tu baru pukul 2.15pm, aku lapar, ambek nasik campur je la.
Western start pukul 3pm.
Variety western dia memang ya ampun... (mana tau? Gambar chicken chop, lamb chop, steak and etc depa bentang besar-besar kat dinding huhu)

Kesedapan (boleh?? haha)
Bagi aku sedap. Plus, orang kedai tu buat katering jugak. Selalunya orang katering yang bukak kedai makan  ni selalunya sedap. :D

Keselesaan:
Ada 3 jenis tempat duduk kot. 1) kat luar. 2) kat dalam. kerusi standard kedai makan tu. 3) family style, dalam kurungan tu.
Sangat nyaman. Sebab area tu luas. Pokok banyak. Angin sepoi-sepoi. Aku chose port luar.

Layanan:
Akak tu memang bagus. Siap tunjuk-tunjuk lagi food sebab aku blur taktau nak makan apa. Yela, aku cari chicken chop. End up makan sambal petai. Haaaa, tekak kampung much!?  :P

Harga:
Berpatutan. Sgt! Aku makan hari tu pajeri terung, sambal petai, udang longgok dalam pinggang, air teh o ais = rm5.


Berapa bintang?
4/5 bintang. Sebab apa tak full stars?
Sebab aku baru try sekali. Unfair untuk korang, orang yang baca blog ni, kalau tak kena selera korang.

p/s: Nanti nak p petang-petang sikit nak try western food lak.

Sorry. Mungkin sebab aku lapar sangat. Apa satu gambar pon tak snap. huhu.

Nanti next trip, insyaAllah aku snap kan yer.

foot note: Sesiapa yang ada suggestion lain tempat makan sedap area alor setar, please leave comments below. :D

Ok. toddlesss

Ahad, 9 Februari 2014

Tanam pokok bunga for beginners

--Sambungan daripada post ini

Apa nak buat ketika bosan di rumah: Part 1 
(girls' version)

Cipta hobby baru. As for me. I found a new hobby which is tanam pokok bunga. 

maaf penggunaan 'aku' dalam post ni. (saja nak menunjukkan aku bukan lagi newbie sekarang hihihi) 
 
To be frank, aku tak pernah tanam pokok apa-apa sebelum ni kecuali bendi yang ditanam waktu darjah 3 di sekolah sebab projek kelas. Other than that, NONE. 
As a noob (read: newbie) dalam bab penanaman ni mula-mula dulu (minggu lepas), ambek masa juga la sebab aku tak tahu aku minat ke tak. Tapi kalau tengok bunga kat kedai aku suka. So, minat la kot. hehehe

Kenapa pilih tanam bunga?

  • Sebab aku bosan petang-petang kat rumah tak tahu buat apa selain tengok 'Maya-watak dalam Be Careful With My Heart' tu dan lajak sikit tengok 'Kalimah Jiwa-TV3' . As i am not a TV person, memang bosan petang-petang. So a makciks i am, i started to show some interest in pokok bunga. 
  • It trains me on COMMITMENT. Contoh semalam bangun pagi dengan mata baru sebelah buka, terus keluar siram pokok bunga. Penting tau train ourselves to be committed. Nanti nak masuk kerja, sebab commitment semua bunag ke laut waktu cuti, dah jadi masalah kan. So, continuous training would help kerjaya kita. 

  • Dapat la skill baru (hand-on experience). Nanti dah start sibuk dengan kerjaya, mungkin susah, mungkin mudah nak spend time belajar cara tanam pokok practically.  Nanti boleh menunjuk kat mak mertua kita pandai tanam pokok. 

  • A sign of graceful of a girl/lady/woman kot kalau pandai tanam pokok. hehe. 

  • Mana tau orang sebelah ada anak lelaki/anak saudara lelaki/sepupu lelaki, boleh sambil menyelam minum air. (apa nih?? ) Alaaaa... taktik la taktik. hehe. 
 
  • Bisnes. Betul. Boleh buat duit. Kita beli pasu lebih, tanah/baja lebih. Semai pokok. Then boleh jual kepada makciks dekat-dekat rumah tu. Aku dah berjaya. Tak promote apa pon. Mereka tengok rumah pokok bunga aku je, terus bagi duit. Siap ada yang order siap-siap pokok kalau jadi. Nak order baja and all. See??

Langkah-langkah nak tanam pokok for beginners.

1. Find a kickstarter. 
Nak buat something baru ni, kena ada inspirasi/minat/kickstart/kawan/ orang atau benda yang nak push supaya kita teruskan. As for me, my mom.

2. Cari info
Caranya is buat or berlagak makciks, kemudian p kedai-kedai jual pokok punya. Tengok bunga yang kita berkenan. Sembang dengan orang yang menjual. Tanya cara-cara nak jaga pokok. Apa kena ada. I started with zero knowledge, now dah tau sikit. Sebab sembang macam makciks. hehehe. Ok antara soalan nak tanya is 'Berapa ringgit bunga ni sepokok bang?' (intro :P). Kemudian, 'Susah tak nak jaga? Saya ni baru nak mula. Malas lagi bang' or 'Saya kerja tapi baru nak minat-minat pokok bunga'. 'Dalam tanah ni letak apa bang?'. 'Ni nampak tumbuh elok ja, abang letak apa?'.  'Kalau saya guna baja tu, banyak mana kena letak?'
Pendek kata, korang tanya je lah segala benda yang korang taktau. Kalau tak berkenan nak beli, cakap pulak 'Takpa dulu bang. Saya datang kemudian. Terima kasih' (senyum).

3. Survey kedai yang jual barang-barang tanaman murah. 
Sambil survey boleh tanya lagi. Biar selalu masuk ilmu. Jangan malu. Dah betul kita bukan dalam bidang tu, memang la tak tahu. Sebab tu la kita nak belajar kan.

4. Pilih/beli pasu
Ada banyak  warna pasu-pasu ni pon.Ada warna common macam brown, dark brown, white and green. Ada warna rare (susah nak dapat), pink, yellow, etc.
Harga: bawah RM3. So far aku dapat paling murah RM2.20, paling mahal RM2.70.
Tips: Kalau minat bunga gantung (which is lagi lawa kalau gantung) beli tali penggantung tu RM0.50 setiap satu. Senang je. Click je kat pasu kita. Ada jelis plastik and dawai besi.

5. Pilih/beli baja
Rupa-rupanya ada je campuran baja/tanah/kompos tu dijual di kedai. Kita tanya je orang kedai tu. Ada yang tanah sahaja. Ada yang baja sahaja. Ada campuran baja/sabut/tanah. Untuk most pokok bunga campuran pertama tu lebih baik. Sebab dah siap kan. Boleh tanya orang kedai tu pokok yang kita minat tu letak baca apa. Kalau malu, p godek-godek pasu kat kedai tu (make sure tuan kedai tak nampak ok :P)

6. Tanam. 
Mudah je tanam pokok ni. Awai-awai tak payah la buat susah. Macam aku buat, ambik je anak pokok/pokok yang kecik-kecik tumbuh tepi pokok bunga tu (datang dari biji pokok tu juga. Biji tu pecah, jatuh atas tanah, tumbuh la kat tepi-tepi pokok ibu tu)
Letak campuran tanah/baja/kompos tu sikit. Lebih kurang 1/3 daripada saiz pasu.
Dirikan anak pokok yang kita cabut dari tepi-tepi pokok bunga yang sedia ada tu.
Penuhkan/isikan je campuran tanah/baja tu bagi penuh dan menutupi akar pokok bunga kita tadi.
Tekan-tekan sikit.
Lepas tu siram.

7. Gantung kat tempat yang teduh (Ada matahari tapi tak terik).

8. Tunjukkan kesungguhan. 
Macam aku kalau awal-awal nak start ni memang semangat lebih. Buat rumah untuk pokok-pokok bunga tu. Cat warna putih nak bagi naik sikit warna bunga tu nanti. Lepas tu letak jala warna hitamnak bagi redup. Pulun la sikit tapi bila dag siap sedia camtu baru aku semangat sikit. Paling-paling pon bertahan la sebulan semangat ni. hehehehe. Takpa. At least dah belajar benda baru n gotta say 'i've spent my month well!' (dengan lagaknya) muahahahaha


Ok. Harap-harap aku membantu korang bukan saja dari segi penanaman pokok (newbie version) tapi bagi idea korang nak spend holidays korang kat rumah.


Sambungan di Part 2

Thanks for reading this.

Peace!



Sabtu, 8 Februari 2014

Apa nak buat ketika bosan di rumah: Intro

Salam (untuk yang beragama Islam) and hi there (untuk yang bukan beragama Islam),




Credit to Bing Image



Trust me, i am the expert of 'Apa  nak buat ketika bosan di rumah' girl sebab saya dah mendapat pengiktirafan penganggur sejak tahun lepas (end of 2013). hehe.

So there were so many things that i've tried (as i am the kind of self-explored girl) or also so called as merapu girl by my mak.

Rupa-rupanya ada banyak benda yang kita boleh explore and at the same time, kita actually learning and developing ourselves.

Kalau dulu (or even now) i'd think, 'Ala duduk rumah bukan boleh buat apa pon'.  But actually, teenagers sekalian, this is the crucial time of our life. (read: time lepas belajar, tunggu kerja).
Sebabnya, kalau dulu sibuk belajar. Dah kurang or jarang pikir pasal benda lain. Or kadang-kadang terfikir kejap (especially time assignment banyak gila) , pastu dilema dalam hati cakap, 'Dah takyah fikir lagi la. Nanti dah lepas belajar fikir'. or 'Hold on jap. Nanti dah kat rumah fikir and plan elok-elok'. Dah elok kat rumah. Hmmm, dah tak sempat fikir or plan apa dah. Fikir nak makan, nak tidur, nak catch movies, nak gaduh dengan adik, nak macam-macam la ceritanya. Then again, akan sibuk balik dengan kerja. Lepas tu marriage. Then, raise own family. Jaga anak. Makanya, hidup kita stagnant. Bukan boring yer. Definisi saya untuk stagnant di sini ialah dari segi skill development.  Kita sebenarnya boleh develop lagi skill lain yang boleh guna di masa depan. Taknak guna untuk diri sendiri pon, boleh guna untuk didik anak nanti. Kalau kita banyak skills, boleh home-school anak kat rumah (my dream). hehe.

Jadi, jom gunakan masa yang kita ada sepanjang menganggur di rumah ni, untuk meningkatkan apa yang patut (read: bukan berat badan). Contohnya, hubungan kekeluargaan, potential skills, social skills, surviving skills and etc)

Bagaimana?

Cari new skills. New hobbies. Nanti saya ceritakan di post selanjutnya. 

Apa faedah yang kita dapat? 

1. Eratkan hubungan kekeluargaan. Macam saya living far away from home since young. Mula-mula masuk boarding school, yang sebulan sekali (kadang-kadang) baru balik jumpa family. Then p oversea. Yang setahun sekali baru balik. Then, balik nak tunang. Masih sibuk. Kemudiannya nak kahwin. Akan sibuk balik. Bila boleh stop and stare sekejap, baru saya sedar how much my mak needs my presence at home. To help around. To laugh at. To be asked to do things. To manage house. To keep her company.

2. Learning experience. Apa ynag saya perasan, bukan semua orang ada peluang untuk try many things dan didedahkan kepada benda-benda luar. Selama ni saya rasa (baru perasan sebenarnya), saya bagaikan dibelai dalam environment sebagai pelajar. Adakah saya benar-benar didedahkan kepada real world? Yes. I did spent my life oversea, yang sememangnya survival sendiri-sendiri je la. Tapi syukur-syukur-syukur, segala urusan dipermudahkan (atas alasan seorang pelajar). Contoh: Boleh extra luggage pakai student card. Discount naik tram/local bus/ferry. Discount makan. Discount tempat tinggal. Orang semua layan baik-baik sebab tengok rupa student. hehe.

3.  Meningkatkan kemahiran. Kemahiran menyelesaikan masalah. To my suprise, tak sama tau problem solving skill yang kita belajar kat kolej, ikut buku tu,  dengan nak menyelesaikan masalah kat rumah. Contoh, ular masuk rumah apa yang kena guna, macam mana nak buat, macam mana nak potong sabut kelapa. Orang yang didedahkan dengan surviving skills (kemahiran hidup berasaskan keadaan sendiri) will be better in this. Making comparison my abang and i. hehe.

4. Macam-macam lagi lah. hehehe.

(dah kenapa intro pon panjang sangat ni???)

Sebagai konklusi, sebenarnya nak cakap, banyak benda boleh buat kat rumah. Bukan nya duduk saja- makan-tidur-makan- keluar dengan kawan-shopping- lepak mall- balik makan- tidur pulak je.

Nanti saya sambung and cerita pasal hobbies and skills yang saya dah try ok.

Thanks for reading.

Until then. Stay fit. Stay healthy. Grow old with grace.
Peace!