Apa nak buat ketika bosan di rumah: Part 1
(girls' version)
maaf penggunaan 'aku' dalam post ni. (saja nak menunjukkan aku bukan lagi newbie sekarang hihihi)
To be frank, aku tak pernah tanam pokok apa-apa sebelum ni kecuali bendi yang ditanam waktu darjah 3 di sekolah sebab projek kelas. Other than that, NONE.
As a noob (read: newbie) dalam bab penanaman ni mula-mula dulu (minggu lepas), ambek masa juga la sebab aku tak tahu aku minat ke tak. Tapi kalau tengok bunga kat kedai aku suka. So, minat la kot. hehehe
Kenapa pilih tanam bunga?
- Sebab aku bosan petang-petang kat rumah tak tahu buat apa selain tengok 'Maya-watak dalam Be Careful With My Heart' tu dan lajak sikit tengok 'Kalimah Jiwa-TV3' . As i am not a TV person, memang bosan petang-petang. So a makciks i am, i started to show some interest in pokok bunga.
- It trains me on COMMITMENT. Contoh semalam bangun pagi dengan mata baru sebelah buka, terus keluar siram pokok bunga. Penting tau train ourselves to be committed. Nanti nak masuk kerja, sebab commitment semua bunag ke laut waktu cuti, dah jadi masalah kan. So, continuous training would help kerjaya kita.
- Dapat la skill baru (hand-on experience). Nanti dah start sibuk dengan kerjaya, mungkin susah, mungkin mudah nak spend time belajar cara tanam pokok practically. Nanti boleh menunjuk kat mak mertua kita pandai tanam pokok.
- A sign of graceful of a girl/lady/woman kot kalau pandai tanam pokok. hehe.
- Mana tau orang sebelah ada anak lelaki/anak saudara lelaki/sepupu lelaki, boleh sambil menyelam minum air. (apa nih?? ) Alaaaa... taktik la taktik. hehe.
- Bisnes. Betul. Boleh buat duit. Kita beli pasu lebih, tanah/baja lebih. Semai pokok. Then boleh jual kepada makciks dekat-dekat rumah tu. Aku dah berjaya. Tak promote apa pon. Mereka tengok rumah pokok bunga aku je, terus bagi duit. Siap ada yang order siap-siap pokok kalau jadi. Nak order baja and all. See??
Langkah-langkah nak tanam pokok for beginners.
1. Find a kickstarter.
Nak buat something baru ni, kena ada inspirasi/minat/kickstart/kawan/ orang atau benda yang nak push supaya kita teruskan. As for me, my mom.
2. Cari info
Caranya is buat or berlagak makciks, kemudian p kedai-kedai jual pokok punya. Tengok bunga yang kita berkenan. Sembang dengan orang yang menjual. Tanya cara-cara nak jaga pokok. Apa kena ada. I started with zero knowledge, now dah tau sikit. Sebab sembang macam makciks. hehehe. Ok antara soalan nak tanya is 'Berapa ringgit bunga ni sepokok bang?' (intro :P). Kemudian, 'Susah tak nak jaga? Saya ni baru nak mula. Malas lagi bang' or 'Saya kerja tapi baru nak minat-minat pokok bunga'. 'Dalam tanah ni letak apa bang?'. 'Ni nampak tumbuh elok ja, abang letak apa?'. 'Kalau saya guna baja tu, banyak mana kena letak?'
Pendek kata, korang tanya je lah segala benda yang korang taktau. Kalau tak berkenan nak beli, cakap pulak 'Takpa dulu bang. Saya datang kemudian. Terima kasih' (senyum).
3. Survey kedai yang jual barang-barang tanaman murah.
Sambil survey boleh tanya lagi. Biar selalu masuk ilmu. Jangan malu. Dah betul kita bukan dalam bidang tu, memang la tak tahu. Sebab tu la kita nak belajar kan.
4. Pilih/beli pasu
Ada banyak warna pasu-pasu ni pon.Ada warna common macam brown, dark brown, white and green. Ada warna rare (susah nak dapat), pink, yellow, etc.
Harga: bawah RM3. So far aku dapat paling murah RM2.20, paling mahal RM2.70.
Tips: Kalau minat bunga gantung (which is lagi lawa kalau gantung) beli tali penggantung tu RM0.50 setiap satu. Senang je. Click je kat pasu kita. Ada jelis plastik and dawai besi.
5. Pilih/beli baja
Rupa-rupanya ada je campuran baja/tanah/kompos tu dijual di kedai. Kita tanya je orang kedai tu. Ada yang tanah sahaja. Ada yang baja sahaja. Ada campuran baja/sabut/tanah. Untuk most pokok bunga campuran pertama tu lebih baik. Sebab dah siap kan. Boleh tanya orang kedai tu pokok yang kita minat tu letak baca apa. Kalau malu, p godek-godek pasu kat kedai tu (make sure tuan kedai tak nampak ok :P)
6. Tanam.
Mudah je tanam pokok ni. Awai-awai tak payah la buat susah. Macam aku buat, ambik je anak pokok/pokok yang kecik-kecik tumbuh tepi pokok bunga tu (datang dari biji pokok tu juga. Biji tu pecah, jatuh atas tanah, tumbuh la kat tepi-tepi pokok ibu tu)
Letak campuran tanah/baja/kompos tu sikit. Lebih kurang 1/3 daripada saiz pasu.
Dirikan anak pokok yang kita cabut dari tepi-tepi pokok bunga yang sedia ada tu.
Penuhkan/isikan je campuran tanah/baja tu bagi penuh dan menutupi akar pokok bunga kita tadi.
Tekan-tekan sikit.
Lepas tu siram.
7. Gantung kat tempat yang teduh (Ada matahari tapi tak terik).
8. Tunjukkan kesungguhan.
Macam aku kalau awal-awal nak start ni memang semangat lebih. Buat rumah untuk pokok-pokok bunga tu. Cat warna putih nak bagi naik sikit warna bunga tu nanti. Lepas tu letak jala warna hitamnak bagi redup. Pulun la sikit tapi bila dag siap sedia camtu baru aku semangat sikit. Paling-paling pon bertahan la sebulan semangat ni. hehehehe. Takpa. At least dah belajar benda baru n gotta say 'i've spent my month well!' (dengan lagaknya) muahahahaha
Ok. Harap-harap aku membantu korang bukan saja dari segi penanaman pokok (newbie version) tapi bagi idea korang nak spend holidays korang kat rumah.
Sambungan di Part 2
Thanks for reading this.
Peace!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thank you