Selasa, 18 Februari 2014

Lunch di Alor Setar, Kedah

Salam orang kampung,
(penggunaan orang kampung di sini bukan khas untuk orang yang duduk di kampung. Tapi komuniti di blogspot ini digelar orang kampung. Satu komuniti. Get it? Jangan tetiba kata saya hina orang kampung pulak.)

Hahaha. Panjang pulak explanation aku.

Ok.

Memandangkan saya selalu je ada masalah ni. Tak kira mana aje tempat saya p.
Nasib baiklah di Australia dulu, saya 'Groupon'kan aje (Gaya Anis Nabila dalam iklan 'Glo kan ajew') Hehe.

Ok.
Since balik and stay Kedah now, susah sangat saya nak cari tempat makan. Especially saya selalu keluar alone, since my dearest sister isn't like me yang suka keluar 'ukur tanah' (read: kuat berjalan, bak kata orang dulu-dulu)

Dah la jalan pon saya belom expert lagi. Memang sangat susah nak cari kedai makan yang saya suka. Last choice is always pecut kereta balik makan kat rumah even lapar macam mana pon.

Yesterday, i went out untuk siapkan hal kereta arwah ayah. Sekejap je pon urusannya. Tapi dah keluar pon pukul 11.30pm. Sampai di Alor Setar, with the blazing hot weather, memang dahaga and lapar.
Tanya cik tekak, 'Awak mengidam apa?'. Dia jawab, 'Chicken Chop'. I balas, 'Damn it girl! Dah la susah nak cari chicken chop yang best kat sini!'
Tapi untuk tidak mengecewakan  cik Tekak, aku pusing jugak kereta.

Niat hati nak ke Mama Chop, Papa Grill sebab memang sah-sah ada chicken chop. Tapi sedap ke tak tu wallahualam.

Tengah-tengah turun bridge tu, pusing kepala ke kiri. Ada kedai nama 'CAFE 96 & Car Wash'.
 I was like... menarik. Pandai tokey kedai buat bisnes. Tak larat tunggu car tengah di wash, p makan sat. Or alang-alang nak p makan, hantar kereta cuci sat. hehe.
Sanggup tau cari U-turn jauh-jauh nak ushar acaner kedai makan ni. dah masuk area restaurant, cari pintu keluar pulak. hehe. Reverse balik. Nak gak try takleh jadi! :P 

Ok. Back to the restaurant.

Lokasi:
On the way dari lebuhraya straight je ke Shahab Perdana. Ada a few traffic lights. Naik bridge. Turun-turun bridge tu, slide kiri. Tepi-tepi tu je. Signboard besar kat situ
(Maaf aku orang baru nak kenal jalan di Alor Setar. Nanti i p ronda lagi tengok nama jalan yer)

Makanan:
Halal. Yela. Orang Melayu Islam. Kakak-kakak comel masak.
Disebabkan time tu baru pukul 2.15pm, aku lapar, ambek nasik campur je la.
Western start pukul 3pm.
Variety western dia memang ya ampun... (mana tau? Gambar chicken chop, lamb chop, steak and etc depa bentang besar-besar kat dinding huhu)

Kesedapan (boleh?? haha)
Bagi aku sedap. Plus, orang kedai tu buat katering jugak. Selalunya orang katering yang bukak kedai makan  ni selalunya sedap. :D

Keselesaan:
Ada 3 jenis tempat duduk kot. 1) kat luar. 2) kat dalam. kerusi standard kedai makan tu. 3) family style, dalam kurungan tu.
Sangat nyaman. Sebab area tu luas. Pokok banyak. Angin sepoi-sepoi. Aku chose port luar.

Layanan:
Akak tu memang bagus. Siap tunjuk-tunjuk lagi food sebab aku blur taktau nak makan apa. Yela, aku cari chicken chop. End up makan sambal petai. Haaaa, tekak kampung much!?  :P

Harga:
Berpatutan. Sgt! Aku makan hari tu pajeri terung, sambal petai, udang longgok dalam pinggang, air teh o ais = rm5.


Berapa bintang?
4/5 bintang. Sebab apa tak full stars?
Sebab aku baru try sekali. Unfair untuk korang, orang yang baca blog ni, kalau tak kena selera korang.

p/s: Nanti nak p petang-petang sikit nak try western food lak.

Sorry. Mungkin sebab aku lapar sangat. Apa satu gambar pon tak snap. huhu.

Nanti next trip, insyaAllah aku snap kan yer.

foot note: Sesiapa yang ada suggestion lain tempat makan sedap area alor setar, please leave comments below. :D

Ok. toddlesss

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thank you